Permulaan Sebagai Aktivis Dikir Barat Kampus
Gambar Sekadar Hiasan...hehe |
Blog ini merupakan nukilan penulis berkaitan pengalaman kehidupan, minat atau hobi dan sedikit perkongsian ilmu untuk manfaat dan dijadikan kenangan untuk tatapan anak cucu kelak..
Permulaan Sebagai Aktivis Dikir Barat Kampus
Gambar Sekadar Hiasan...hehe |
Jelaskan matlamat dan
yang yang ingin dicapai melalui DPN.
Antara matlamat DPN ialah mencapai perpaduan negara melalui pengagihan
sumber kekayaan. Ia dapat dicapai melalui pembangunan seimbang antara negeri
dan antara bandar dengan luar bandar melalui beberapa aspek.
Objektif DPN pula adalah untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dengan memperkukuhkan kestabilan sosial dan politik serta mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan.
Senaraikan strategi kerajaan dalam mencapai matlamat dan objektif DPN.
Ekonomi
-Penglibatan aktif pihak swasta dalam pembangunan ekonomi negara
-Program penanaman semula
-Penggunaan sains dan teknologi
-Meningkatkan pemilikan saham bumiputera
Sosial
-Memberikan insentif serta kemudahan pendidikan untuk kemajuan masyarakat miskin tanpa mengira kaum.
-Mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian
-Membentuk masyarakat yang berdisiplin dan progresif.
Kemudahan Fizikal Dan Alam Sekitar
-Menyediakan dan menambah baik kemudahan asas
-Pembangunan mapan tanpa mengabaikan alam sekitar
Empayar Kesultanan Melaka Melaka Sumber:wikipedia |
Kewujudan institusi Kesultanan Melayu Melaka pada ke-15 menjadi asas pembinaan negara dan bangsa kita.
Terangkan ciri-ciri negara dan bangsa Kesultanan Melayu
Melaka.
Ciri-ciri yang pertama ialah kerajaan. Kewujudan kerajaan
disebabkan adanya raja yang merupakan pemerintah tertinggi dan dibantu oleh
pembesar. Pemerintahan beraja diperkukuhkan lagi dengan Sistem Pembesar Empat
Lipatan yang menjadi tonggak pentadbiran Melaka. Selepas kedatangan Islam,
pemerintah Melaka menggunakan gelaran sultan
Ciri-ciri yang kedua rakyat yang merupakan penduduk yang
menumpahkan kesetiaan kepada Sultan Melaka dan mematuhi undang-undang negeri.
Rakyat Melaka terdiri daripada orang Melayu dan Orang Laut.
Seterunsya adalah kedaulatan yang menjadi lambing kekuasaan
tertinggi seseorang sultan. Kedaulatannya diakui oleh kerajaan lain dan bebas
daripada campur tangan asing.
Ciri-ciri yang ketiga ialah wilayah pengaruh yang merujuk kepada kawasan pemerintahan raja yang diterima dan diakui oleh rakyat. Wilayah pengaruh diperolehi melalui penaklukan, naungan dan perkahwinan.
Kerajaan Alam Melayu Sebelum Era Kesultanan Melayu Melaka |
Pembentukan ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu berbeza daripada yang berlaku di Barat. Jelaskan ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu.
Raja merupakan ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu. Raja diperkukuhkan dengan sistem pentadbiran yang dibantu oleh pembesar. Raja ditaati oleh rakyatnya dan dianggap suci. Contohnya, Raja Champa dianggap sebagai pemerintah yang suci dan dikaitkan dengan Dewa Siva.
Ciri-ciri yang seterusnya ialah undang-undang yang dilaksanakan di seluruh wilayah pengaruh dan menjadi panduan dalam pentadbiran. Contohnya, kerajaan Majapahit mengamalkan undang-undang Kutara Manawa.
Ketiga ialah wilayah pengaruh iaitu kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seorang Raja. Contohnya kerajaan Funan mempunyai wilayah pengaruh yang luas dari Sungai Mekong, Teluk Cam Ranh, selatan Myammar dan Segenting Kra.
Ciri-ciri yang terakhir ialah rakyat yang merujuk kepada penduduk sesebuah wilayah yang setia kepada raja dan tidak menderhaka seperti kesetiaan rakyat Srivijaya dibuktikan melalui upacara persetiaan dan meminum air sumpah.
Ibnu Khaldun Sejarawan Ulung Islam Kurun ke-14 |
Sebelum ilmu sejarah diiktiraf sebagai salah satu disiplin ilmu pengetahuan[1], pensejarahan (penulisan sejarah) telah pun wujud berdasarkan konsep sosio-budaya dan kepentingan keperluan sezaman[2]. Sebagai contoh penghasilan karya sejarah Sulalatus Salatin oleh Tun Sri Lanang adalah kerana menjunjung perintah raja dengan tujuan supaya generasi mendatang mengetahui sejarah asal usul kewujudan raja-raja. Pensejarahan yang di hasilkan ketika itu juga menjurus kepada memberi pengajaran dan iktibar kepada manusia tentang peristiwa yang telah berlaku seperti yang dinyatakan oleh Herodotus dalam karya Perang Persia.
Pensejarahan pra pensejarahan moden walaupun ia masih belum diiktiraf sebagai disiplin ilmu pengetahuan namun ia dapat dibezakan dengan ilmu-ilmu lain (seperti keagamaan, falsafah dan sastera) sebagai contohnya kebanyakan karya-karya sejarah mempunyai muqadimah yang khusus yang mempunyai unsur-unsur berkaitan dengan teori sejarah dan kaedah penyelidikannya seperti peristiwa, tokoh dan tempat yang diceritakan mempunyai sumber rujukan. Selain itu juga ia mengikut tertib tarikh atau kronologi.
Walau bagaimanapun terdapat beberapa kelemahan yang
menyebabkan sejarah sebelum abad ke-19 tidak diiktiraf sebagai ilmu
pengetahuan. Menurut Athur Marwick
terdapat tiga kelemahan yang besar iaitu karya-karya sejarah tersebut tidak
merangkumi perkembangan dan perubahan manusia; kedua tidak berlaku kaitan atau
hubungan antara karya-karya kesarjanaan yang penting dengan yang berbentuk tafsiran
walaupun kedua-duanya terus sama-sama dihasilkan; ketiga, sejarah tidak
diajarkan sebagai satu disiplin intelek yang lengkap kecuali di istana raja
atau pembesar[3].
Pencampuran dengan unsur-unsur kesusasteraan, falsafah, lagenda malah dogeng
dan mitos menambahkan lagi masalah untuk mengiktirafkan sejarah sebagai ilmu
pengetahuan yang tersendiri.
Keadaan ini telah membawa kepada usaha untuk menjadikan sejarah
sebagai satu disiplin ilmu pengetahuan pada awal kurun ke-19 yang akhirnya
telah digerakkan oleh sejarawan Eropah terutamanya di kalangan sejarawan
Jerman. Dipelopori oleh Barthold G. Niebuhr, akhirnya disempurnakan oleh
Leopold von Ranke yang membawa kepada pengiktirafan sejarah sebagai satu
disiplin akademik yang tersendiri di Eropah dan membentuk apa yang dinamakan
sebagai pensejarahan moden.
[1] Pensejarahan
moden bermula pada awal abad ke-19 yang dipelopori oleh Barthold G. Niebuhr dan
seterusnya Leopold von Ranke melengkapkan sejarah sebagai satu disiplin ilmu
pengetahuan.
[2] Muhd
Yusof Ibrahim, 2000, Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian Dan Kaedah,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 20.
[3] Marwick,
A, 1985, The Nature of History, edisi kedua, cetakan keempat, London: MacMillan
Co., hlm.35
Herodotus dianggap sebagai Bapa Sejarah Dunia Sumber: metmuseum Istilah Sejarah Istilah sejarah digunakan oleh sejarawan di Alam Melayu bagi merujuk kepada ilmu sejarah. Menurut Kamus Dewan, sejarah bererti sastera lama, asal usul (keturunan), salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat tambo; tawarikh. R.O. Winstedt dalam kamusnya (Kamus Bahasa Melayu) menyatakan perkataan sejarah berasal daripada perkataan Arab yang diertikan sebagai salasilah, tawarikh dan babad. Ibrahim Alfian menyatakan perkataan Arab tersebut kemungkinan besar ialah syajaratun yang bererti pohon. Istilah sejarah dikatakan digunakan pertama kalinya oleh Raja Ali Haji dalam karya Tuhfat Al Nafis. Namun begitu istilah hikayat, riwayat dan tawarikh sering digunakan oleh sejarawan Melayu dalam menamakan karya pensejarahan mereka sehinggalah awal tahun 1960-an istilah sejarah mula digunakan sehingga hari ini. Istilah History Istilah ini digunakan di Barat yang berasal daripada perkataan Yunani iaitu historia yang bererti penyelidikan[1]. W. E Cadwell menyatakan perkataan history yang berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud penyelidikan telah berubah maksudnya menjadi peristiwa yang telah berlaku pada masa yang lalu dan juga ingatan yang tercatat pada masa yang lalu. Pengertian Sejarah Sejarah diertikan sebagai peristiwa/kejadian/pengalaman/tingkah laku individu, pemimpin, institusi, pertubuhan, negara serta masyarakat yang telah berlaku pada masa lalu. Ia kemudiannya dihurai dan ditafsirkan melalui kaedah kajian yang sistematik yang menjadikan sejarah sebagai satu disiplin ilmu pengetahuan. Ia diperolehi melalui ingatan seseorang (sejarah lisan/oral history), catatan laporan/dokumen yang dikenali sebagai sumber sejarah. Sebelum sejarah diiktiraf sebagai satu disiplin ilmu pengetahuan, ia dianggap sebahagian daripada ilmu falsafah di zaman kegemilangan tamadun Rom Yunani dan sebahagian ilmu agama (Kristian) pada Zaman Pertengahan di Eropah. Ketika era kegemilangan tamadun Islam, sejarah adalah sebahagian ilmu agama dan sosial. Manakala di Asia Selatan dan Asia Tenggara sejarah dianggap sebahagian daripada ilmu kesusasteraan. “Keistimewaan sejarah kerana ia sentiasa merangsang manusia untuk terus menyoal tentang KEADAAN, KEDUDUKAN serta KESEJARAHANNYA dengan harapan mendapatkan sesuatu MANFAAT atau FAEDAH daripadanya” Muhd Yusof Ibrahim
[1] Penyelidikan
adalah proses menghasilkan ilmu pengetahuan melalui penyaksian, pendengaran dan
pemerhatian. Ilmu pengetahuan yang dihasilkan tanpa proses tersebut bukanlah
imu pengetahuan yang sebenar malah hanya merupakan separa ilmu pengetahuan
sahaja.
|