Dasar Pembangunan Nasional (DPN) merupakan dasar yang diperkenalkan selepas berakhirnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1990.
Jelaskan matlamat dan
yang yang ingin dicapai melalui DPN.
Antara matlamat DPN ialah mencapai perpaduan negara melalui pengagihan
sumber kekayaan. Ia dapat dicapai melalui pembangunan seimbang antara negeri
dan antara bandar dengan luar bandar melalui beberapa aspek.
Objektif DPN pula adalah untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dengan memperkukuhkan kestabilan sosial dan politik serta mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan.
Senaraikan strategi kerajaan dalam mencapai matlamat dan objektif DPN.
Ekonomi
-Penglibatan aktif pihak swasta dalam pembangunan ekonomi negara
-Program penanaman semula
-Penggunaan sains dan teknologi
-Meningkatkan pemilikan saham bumiputera
Sosial
-Memberikan insentif serta kemudahan pendidikan untuk kemajuan masyarakat miskin tanpa mengira kaum.
-Mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian
-Membentuk masyarakat yang berdisiplin dan progresif.
Kemudahan Fizikal Dan Alam Sekitar
-Menyediakan dan menambah baik kemudahan asas
-Pembangunan mapan tanpa mengabaikan alam sekitar
No comments:
Post a Comment