Kerajaan Alam Melayu Sebelum Era Kesultanan Melayu Melaka |
1.1 Latar Belakang Negara Bangsa Sebelum Kedatangan Barat
Pembentukan ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu berbeza daripada yang berlaku di Barat. Jelaskan ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu.
Raja merupakan ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu. Raja diperkukuhkan dengan sistem pentadbiran yang dibantu oleh pembesar. Raja ditaati oleh rakyatnya dan dianggap suci. Contohnya, Raja Champa dianggap sebagai pemerintah yang suci dan dikaitkan dengan Dewa Siva.
Ciri-ciri yang seterusnya ialah undang-undang yang dilaksanakan di seluruh wilayah pengaruh dan menjadi panduan dalam pentadbiran. Contohnya, kerajaan Majapahit mengamalkan undang-undang Kutara Manawa.
Ketiga ialah wilayah pengaruh iaitu kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seorang Raja. Contohnya kerajaan Funan mempunyai wilayah pengaruh yang luas dari Sungai Mekong, Teluk Cam Ranh, selatan Myammar dan Segenting Kra.
Ciri-ciri yang terakhir ialah rakyat yang merujuk kepada penduduk sesebuah wilayah yang setia kepada raja dan tidak menderhaka seperti kesetiaan rakyat Srivijaya dibuktikan melalui upacara persetiaan dan meminum air sumpah.
No comments:
Post a Comment