(kredit:Tunas Warisan)
Tahun 2002 merupakan tahun yang bersejarah bagi perkembangan
seni dikir barat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) apabila tertubuhnya
Kelab Dikir Barat Tunas Warisan Artisukma UKM. Sehingga tahun 2019 mengikut perkiraan ambo,
Tunas Warisan sudah sampai ke generasi ke-16 dan ambo pula berada di generasi ke-4.
Dalam tulisan kali ini, ambo akan cuba mengisahkan bagaimana Tunas Warisan ini tertubuh di UKM.
Generasi 2002-2003 |
Mengikut apa yang diceritakan oleh pengasas dan bekas Yang Dipertua (YDP)
Tunas Warisan yang pertama En Ridzuan@Cikgu Wan, kelab ini ditubuhkan sebagai platform kepada pelajar-pelajar seluruh UKM yang berminat untuk bergiat dalam kesenian
dikir barat. Pada ketika itu kelab dikir barat yang aktif hanya ada di Kolej
Kediaman Ungku Omar (dikenali sebagai KUDRAT) dan terhad penyertaannya kepada
penghuni kolej berkenaan sahaja.
Bagi merealisasikan hasrat tersebut, Cikgu Wan bersama rakan-rakan beliau seperti
Afizul@Joe Bbano, Azlan, Faisan dan Faizal telah merangka kertas kerja menubuhkan kelab dikir barat UKM dan Cikgu Wan mengetuai misi berkenaan. Hasrat menubuhkan kelab berkenaan telah mendapat sokongan yang padu daripada Encik Burhanudin@Abang Din yang merupakan
jurulatih ko kurikulum dikir barat dan alumni UKM yang pernah terlibat dalam arena dikir barat di UKM.
Menyertai Pertandingan Dikir Barat IPTA 2005 di USM |
Seterusnya, satu perjumpaan telah diadakan di salah sebuah
bilik kuliah Fakulti Sains Sosial dan Kemasyarakatan (FSSK) dan kehadirannya
adalah seramai 60 orang. Didapati sebahagian besar yang hadir adalah pelajar dari Kolej
Kediaman Burhanuddin Helmi yang sebenarnya sudah ada pasukan dikir barat yang
dikenali sebagai Pusaka Naim. Penyertaan ahli
Pusaka Naim dari kolej berkenaan merupakan titik penting yang membawa
kepada penubuhan Tunas Warisan.
Generasi 2005-2006 Naib Johan IPTA Makum 2006 |
Pertemuan pertama kali di FSSK itu telah secara automatik
menjadi mesyuarat penaja bagi menubuhkan kelab. Pelbagai nama telah dicadangkan dan mesyuarat
berkenaan bersetuju untuk menamakan kelab dengan nama “MERAK MAS”. Mesyuarat berkenaan juga bersetuju sebulat
suara melantik Cikgu Wan selaku YDP dan Joe Bbano sebagai Naib YDP. Abang Din
pula dilantik sebagai penasihat kelab. Walau bagaimanapun selepas diadakan
perbincangan akhirnya nama kelab telah diubah kepada “TUNAS WARISAN”.
Tindakan selanjutnya adalah mendaftarkan Tunas Warisan
dibawah Pusat Kebudayaan UKM. Dato’ Dr Rafie Mohammad selaku Ketua Pusat
Kebudayaan UKM ketika itu telah bersetuju dan meluluskan permohonan menubuhkan kelab
Tunas Warisan. Kelab Tunas Warisan telah menjadi sebahagian daripada Pusat Kebudayaan UKM dan diletakkan dibawah Artis UKM atau dikenali sebagai ARTISUKMA. Tunas Warisan juga turut diberikan
sebuah bilik khas, peralatan muzik dan alat siaraya.
Generasi 2007-2008 Johan IPTA MAKUM 2007 |
Kini setelah genap 17 tahun, Tunas Warisan telah melalui
zamannya selangkah demi selangkah. Walaupun generasi silih berganti, namun
Tunas Warisan masih lagi meneruskan kegiatan dikir baratnya sama ada di dalam
mahupun luar kampus walaupun ada beberapa kelab/kumpulan dikir barat dari universiti
lain telah berubah namanya mengikut generasi pelajarnya.
TERIMA KASIH BUAT SEMUA GENERASI TUNAS WARISAN, ANDA SEMUA ADALAH PEJUANG SENI BUDAYA BANGSA....
GENERASI 2009-2010
GENERASI 2009-2010
Johan IPTA FESTKUM 2009 |
kredit:Sham Toofik |
GENERASI 2011-2012
kredit : tunas warisan chatting zone |
kredit: Mohd RosiDi |
GENERASI 2013-2014
Kredit :Zulhilmi Abdul Majid |
GENERASI 2014-2015
Kredit: MOhd Farteahe Bin Ibrahim |
Wan Suara Emas disebelah kiri Poyie Gasi antara otai yang masih aktif dan setia bersama Tunas Warisan |
Era ini Tunas Warisan dikepalai oleh penghibur/ pendikir popular masa kini, Poyie Gasi yang ketika itu menyambung pelajaran peringkat sarjana di UKM Kredit : Poyie Gasi |
GENERASI 2016-2018 |
Johan Dikir Barat Terbuka IPT KPDNKK 2016 Mohd Hafiz Halily merupakan satu-satunya tukang karut yang bukan berasal dari wilayah Pantai Timur yang berjaya mengangkat Tunas Warisan era ini, juga merupakan pelajar cemerlang dan seorang yang versatil. Rujuk KAMPUS UOLS |
Tempat Ketiga MAKUM 2016 Kredit :Mohd Hafiz Halily |
Kredit; kolej aminuddin baki ukm Majoriti ahli Tunas Warisan pada era ini adalah dari Kolej Aminuddin Baki |
GENERASI 2019
Nota:
Mengikut maklumat yang ambo terima, pertandingan dikir barat pertama kali diadakan pada tahun 1996 yang dianjurkan oleh USM kampus induk Pulau Pinang. USM sehingga tahun 2005 adalah penganjur/tuan rumah tunggal pertandingan sebelum pertandingan diambil alih oleh Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia (MAKUM) pada tahun 2006. Bermula tahun 2006 pertandingan dikir barat dikenali sebagai Pertandingan Dikir Barat IPTA MAKUM dan selama dua tahun berturut-turut Kolej Universiti Sains dan Teknologi (KUSTEM) atau sekarang dikenali sebagai Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menjadi tuan rumah bagi tahun 2006 dan 2007.
Pada tahun 2009 berlaku perubahan apabila MAKUM telah memperkenalkan Festival Kebudayaan Universiti Malaysia (FESTKUM) yang mempertandingkan beberapa acara kesenian dan dikir barat antara kesenian yang dipertandingkan. Universiti yang memenangi paling banyak acara kesenian akan diangkat sebagai johan keseluruhan (lebih kurang macam kejohanan sukan). Tuan rumah pertama FESTKUM adalah UKM pada tahun 2009 dan diikuti oleh USM pada tahun berikutnya. Selepas tahun 2010 tiada kedengaran lagi pertandingan FESTKUM dan ia telah memberi kesan kepada pertandingan dikir barat apabila tiada pertandingan dikir barat selama 6 tahun.
Namun pada tahun 2015, dikir barat telah dipertandingkan semula di peringkat IPT dan kali ini dikenali sebagai Pertandingan Dikir Barat Antara IPT Piala YB Dato' Seri Mustapa Mohamed sebelum diubah nama pertandingan kepada Pertandingan Dikir Barat IPT Malaysia. Bermula tahun 2015 hingga tahun 2019, satu-satunya tuan rumah pertandingan adalah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).