SMK KOTA: Rosalinda Dalam Ingatan
Dewan Kota Jelasin, SMK Kota |
Perjalanan ambo dalam seni dikir barat terhenti seketika semasa berada di tingkatan lima di SM Teknik Bachok. Ini kerana polisi sekolah tersebut melarang penglibatan murid tingkatan 5 dalam pertandingan-pertandingan luar terutamanya apabila persekolahan memasuki bulan Jun. Jadi ambo cuma melihat dari jauh sahaja perjalanan pasukan dikir barat SM Teknik Bachok yang seterusnya digerakkan oleh junior-junior. Pada tahun junior-junior ni lah, pasukan SM Teknik Bachok mencapai kejayaan muncul johan daerah pertandingan anti dadah tahun 2002 dan mendapat tempat keempat di peringkat negeri. Pada tahun berikutnya mengekalkan kemenangan dan mendapat naib johan peringakt negeri. Junior-junior ni beruntung kerana dipimpin oleh tok jogho yang sudah ada nama diluar sana. Jijie Sogho Emas adalah ketua atau ppalo kumpulan sesi 2002-2003. Dengan pengalaman yang ada pada beliau, pasukan SMT Bachok telah jauh melangkah meninggalkan jauh batch-batch sebelumnya. Disini ambo belajar banyak perkara, macam mana mahu melatih pasukan dikir barat. Jijie ni sangat hebat bukan sahaja seorang tok jogho malah mempunyai kebolehan melatih dari semua segi. Beliau juga dikatakan salah seorang murid kepada lagenda tok jogho Allahyarham Megat Nordin.
Berbalik kepada diri ambo memang terasa sangat-sangat bila tidak dapat lagi menyertai pasukan dikir barat. Disebabkan terlalu rindu, ambo ada mohon untuk main gong semasa persembahan malam merdeka tahun 2002. Masa tu ambo pakai topi petani supaya orang tidak perasan akan ambo. Dan semasa mereka pergi bertanding ambo ikhtiar pujuk cikgu Fauzi Mat agar beri kebenaran untuk ambo ikut sekali. Ada satu masa semasa kursus subjek Bahasa Melayu SPM di Tok Bali (padan muka sapa suruh dapat D masa trial...hehehe) ambo sungguh-sungguh minta cikgu Fauzi Mat benarkan saya ikut tapi dia tak bagi. Sedih sangat-sangat tapi akhirnya masa dia naik kereta nak balik tiba-tiba dia panggil ambo ikut balik ke asrama. Bukan main suka ambo, tapi bila fikir balik kenapa ambo desak cikgu...hmm..mungkin cikgu kesian pada ambo. Terima kasih cikgu atas segalanya(Cikgu Fauzi Mat bukan sekadar guru penasihat dikir barat tapi beliau juga guru kelas ambo semasa di tingkatan 4, cikgu sentiasa dalam ingatan ambo, bila la agaknya dapat jumpa cikgu).
Bila tamat SPM kegiatan berdikir ambo tidak berjalan sehinggalah ambo masuk belajar tingkatan 6 di SMK Kota (sekolah asal ambo nieh, umpama ikan balik lubuk). Selepas ambo tinggalkan sekolah Kota pada tahun 2001, SMK Kota telah menubuhkan pasukan dikir barat. Bila ambo pulang balik ke SMK Kota berlaku kekosongan apabila kebanyakan ahli-ahli lama sudah melanjutkan pelajaran ke tempat lain. Keterlibatan ambo di SM Teknik Bachok dulu sudah diketahui rakan-rakan di Kota dan secara automatik ambo diangkat menjadi ketua atau ppalo di SMK Kota. Cikgu penasihat ambo di SMK Kota, Cikgu Hashim (beliau guru subjek Seni Visual ambo yang komited, alhamdulillah STPM, PSV dapat B+ walaupun lukis tak pandai mana...hehehe). Persembahan pertama adalah pada hari guru. Berbeza dengan SMT Bachok, murid di SMK Kota sangat ramai hingga melimpah ke luar dewan tambah ada ramai kanak-kanak riang...hihihi(murid ting. 1 dan 2). Mula buat persembahan seperti biasalah kilat sambar menyambar mengena muka ambo. Dan satu lagu nyanyian ambo telah menggamatkan dewan, lagu bertajuk ROSALINDA(masa tu drama ni top dalam tv, lirik dia ambo tak ingat dah). Lepas persembahan tu, satu sekolah panggil ambo Rosalinda...hehehe...(lepas next year panggil Khai pulak sebab buat persembahan nyanyi dambaan pilu..hihi..koya). Lepas persembahan hari guru tu macam-macam persembahan antaranya persaraan guru, hari merdeka dan banyaklah kalau cerita. Disebabkan dikir dengan ambo tak dapat dipisahkan, ada cikgu semasa saya bersyair tanya "awok syair ke awok berdikir ni"....hahahaha...
No comments:
Post a Comment