Perkembangan dikir barat
dikatakan bermula dalam awal era 1940-an iaitu ketika pendudukan Jepun di Tanah
Melayu. Fakta ini dikemukakan oleh Saedah Daud dalam temubual beliau dengan
tokoh ulung yang merupakan pengasas dikir barat Haji Mat Salleh Bin Haji Ahmad atau di kenali sebagai Pak Leh
Tapang. Pada awalnya Pak Leh bergiat aktif dalam kumpulan dikir rebana Kampung Tapang dan beliau seterusnya membuat inovasi dalam permainan dikir rebana dengan
membawa masuk unsur-unsur dikir Selatan
Thai dengan menambah pantun-pantun. Pak
Leh sekali lagi membuat perubahan dengan memasukkan elemen “karut” yang
seterusnya membawa kepada perbezaan dengan dikir rebana dan akhirnya membawa
kepada kemunculan dikir barat itu sendiri. Dengan ini telah melonjakkan nama
Pak Leh sebagai pencipta seni dikir barat.
Haji Mat Salleh Bin Ahmad @ Pak Leh Tapang Sumber : http://adisaufi.blogspot.com/2010/05/pak-leh-tapang-pengasas-dikir-barat.html |
Pak Leh seterusnya telah bergabung dengan kumpulan dikir rebana yang diketuai oleh Dollah Belimbing dan mengadakan persembahan bersama. Dalam sekitar tahun 1946, Pak Leh bersama Dollah Belimbing telah berpakat untuk mengadakan satu persembahan dalam bentuk berlawan (hatuk) antara dua kumpulan secara olok-olok. Pak Leh membawa kumpulannya dari Kampung Tapang manakala Dollah Belimbing dengan kumpulan Kampung Belimbing. Mereka berdua berpura-pura berkelahi sehingga tidak bersalaman antara satu sama lain semata-mata untuk menarik minat orang ramai. Tok jogho (juara) kumpulan Pak Leh ialah Jaafar Wakaf Mek Zainab, sementara tok jogho kumpulan Dolah ialah Husin Pulau Tebu. Pak Leh dan Dolah bertindak sebagai tukang karut. Persembahan ini merupakan sejarah pertama dalam dikir barat, dua kumpulan berlawan dan persembahan itu dalam bentuk berbalas pantun yang digunakan untuk mengata dan menyindir pihak lawan.
Bermula dari situ mereka sering mengadakan persembahan kerana dijemput oleh para peminatnya untuk berdikir di kampung mereka. Akhirnya perjanjian sulit ini terpaksa dipecahkan kepada orang ramai kerana penyokong
kedua-dua pihak berkelahi, masing-masing mendakwa kumpulan yang mereka sokong
lebih sedap dan menarik persembahannya.
Rahsia mereka tidak berkelahi ini diberitahu semasa mengadakan
persembahan di kampung Tawang, Kota Bharu. Bermula dari pakatan sulit inilah menjadikan dikir barat semakin diminati
dan berkembang. Orang makin gemar
menonton untuk melihat dua kumpulan dikir barat berbalas kata dan sindir menyindir antara satu sama lain dalam bentuk berbalas pantun.
No comments:
Post a Comment